• 3D MOCKUP SBB
  • FLAT MOCKUP SBB
1

SANDAL BUNGA BUNGA [FAZIELA]

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Manes Wordworks
Worldwide shipping
Secure payments | Manes Wordworks
Secure payments
Authentic products | Manes Wordworks
Authentic products

BLURB SANDAL BUNGA BUNGA



Mulai saat ini, kau tak pernah wujud pun dalam hidup aku.


Semua kenangan manis lapan tahun lalu itu, semuanya dusta belaka?


Dua kisah cinta yang berbeza, tapi pengakhiran yang sama; cinta tak kesampaian. 


Zahran kembali ke tanah air untuk melupakan kisah dukanya setelah bertahun berkelana di negara orang. Bagi Izza, hidup perlu diteruskan meski hatinya remuk setelah lama menyulam cinta namun akhirnya dikhianati teman sendiri.


Pertemuan pertama, Izza menganggap Encik Mana Toilet itu sekadar klien di tempat dia bekerja. Pertemuan seterusnya, barulah mereka tahu yang rupanya famili masing-masing adalah kenalan dan berhasrat untuk menjodohkan mereka berdua.


“Saya... bukanlah orang yang menarik. Saya kuat membebel, takut gelap, tak suka hari hujan, tak berapa pandai masak dan banyaklah benda yang menjengkelkan fasal saya. Jadi, awak okey ke dengan tu semua?” – Nurul Izza


“Okey.” – Ahmad Zahran


Bertitik tolak saat itu, mereka membuka lembaran baharu dan mengenal sisi masing-masing hari demi hari. Tapi, ada yang cemburu dengan kebahagiaan yang mereka kecapi. Mampukah mereka menghadapi gelora yang membadai hidup mereka?



***




Menelusuri kisah Izza dan Zahran menyedarkan kita bahawa perbezaan karakter tidak bermakna kita tidak boleh sehaluan. Yang penting saling belajar dan terima seadanya. – Habib, Editor