JAJA & DIN - NOOR SURAYA [EDISI KHAS - MWxJS]
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tajuk: Jaja & Din
No. ISBN: 9786297782126
Penulis: Noor Suraya
Harga Asal: RM38
Bilangan Muka Surat: 372
Tahun Keluaran: 2026
Format: Paperback
Jenis Kertas: Bulky 60GSM
Berat (kg): 0.50 kg
Dimensi: 21.5cm (h) x 13.7cm (l) x 3cm (w)
***
BLURB JAJA & DIN
Cinta pandang pertamakah ini...
Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia; dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?
=A= Katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya.
=B= Rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu.
=C= Kenal pasti siapa dia dan suruh ayah ibu meminang dia.
=D= Segera ke doktor pakar – periksa jantung, mata dan tekanan darah.
=E= Jangan lepaskan dia, pinang sendiri!
Jaja telah memilih jawapan C √
cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala peraturan hati yang selama ini aku junjung!
Inilah cerita Jaja yang hatinya terpaut pada ustaz sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar. Tegarkah Jaja – seorang media planner di syarikat periklanan antarabangsa memilih hidup ala-ala zuhud macam Din nanti?
Gadis itu ada rasa cinta kepadanya. Dia tidak harus mencemuh perasaan yang ada pada Cik Faiza kerana cinta itu anugerah Allah.
Benarkah, Din tidak pernah ada hati pada Jaja biar sekelumit pun? Benarkah, dia memilih Jaja sekadar kasihan?
bahagia itu
bukan sepertimana yang orang nampak,
tetapi sebagaimana yang kita rasa