JANJI IZEKIEL [AISYAHROS]
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
BLURB JANJI IZEKIEL
Misi Bona Fide membawa Aisya Hurairah ke sebuah
persidangan antarabangsa di Itali. Delegasi mereka disabotaj.
Aisya diculik dan dikurung bersama Megat Izekiel Li, lelaki
berwajah beku. Sungguh, dia tak menyangka akan terjebak
dalam situasi sebahaya ini!
“Percaya pada aku, Aisya. Kau lupa aku siapa?” – Izekiel
Demi sebuah janji, sepenuh kepercayaan Aisya berikan kepada
Izekiel. Namun satu demi satu tragedi berdarah datang menguji.
Akhirnya, Aisya dikhianati dan ditinggalkan begitu sahaja.
“Life sucks, Aisya. And trusting the wrong people will make
it worse.” – Izekiel
Setahun berlalu. Namun Aisya terus dihantui pengkhianatan
lelaki itu. Perlahan-lahan, dia cuba membina hidupnya semula.
Sehinggalah Izekiel muncul kembali.
“Orang kata seseorang tu akan terlalu benci kalau dulu dia
terlalu cinta.” – Izekiel
“Mustahil aku akan jatuh cinta dengan orang yang tipu dan
gunakan aku.” – Aisya
Dan bahaya itu masih mengekori. Ada syaitan bertopengkan
manusia yang kembali mengancam dan Aisya menjadi sasaran.
Cukup kuatkah Aisya untuk menghadapinya kali ini?
Tertunaikah janji Izekiel untuk melindungi Aisya
meski nyawa jadi galang gantinya?