• BMHS MOCKUP
  • FLAT MOCKUP BHMS (1)
1

BAJU MELAYU HIJAU SERINDIT [SYUD]

Regular price
RM 34.00
Sale price
RM 34.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Manes Wordworks
Worldwide shipping
Secure payments | Manes Wordworks
Secure payments
Authentic products | Manes Wordworks
Authentic products

BLURB BAJU MELAYU HIJAU SERINDIT


Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.


~ I ~
Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).

Namun, hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?

Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.

~ II ~
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!

Apa yang I dapat kalau I tolong you?
You dapat jadi boyfriend I.

Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
Sedihlah :(


***

Kata Editor:

Syud bijak sekali ‘memonopoli’ watak-watak utama dalam Baju Melayu Hijau Serindit. Sang pembaca tentunya akan menyukai, mengasihi, memihak – baik pada Wardah mahupun pada Pacai. – Noor Suraya, editor