• HDI
1

[EBOOK] HERO DALAM IRAMA - HARLEEN

Regular price
RM 14.00
Sale price
RM 14.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Manes Wordworks
Worldwide shipping
Secure payments | Manes Wordworks
Secure payments
Authentic products | Manes Wordworks
Authentic products

[READY STOCK]

Tajuk: Hero dalam Irama

Penulis: Harleen

Bilangan Muka Surat: 442

Format: EPUB (tidak boleh diubah susun atur/fixed layout kerana mengandungi banyak template; tetapan reflowable berkemungkinan menyebabkan susun atur template menjadi tidak teratur)


Fail EPUB akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas pembayaran dilakukan. 


Untuk makluman, ini adalah dalam bentuk digital bukan buku fizikal. Tiada refund akan dilakukan sekiranya pembelian telah dibuat.


Sebarang permasalahan berkaitan EPUB mohon e-melkan kepada publishing.maneswordworks@gmail.com


Blurb HERO DALAM IRAMA


Pertemuan yang tak dirancang dengan Dayangku Nur Aima membawa makna kehidupan yang baharu bagi Haraf Aidan. Namun bagi Dayang, kejadian demi kejadian yang memalukan membuatkan dia serik untuk bersemuka dengan lelaki misteri itu. 

         Akibat luka lama, tak mudah untuk Dayang mempercayai lelaki bermulut manis seperti Haraf.

“Tak semua bidadari ada sayap.” - Haraf Aidan.

Tanpa diduga, insiden sesat di hutan telah membibitkan kenangan istimewa. Berdua, Dayang dan Haraf menggubah lagu cinta bersama.

Namun, perpisahan yang tidak dipinta telah menghancurkan impian bahagia. Haraf menghilang tanpa penjelasan dan kembali hanya untuk membawa khabar duka yang merobek hati Dayang.

“Sesiapa yang hadir, tak semestinya akan jadi takdir.” - Dayangku Nur Aima.

Saat Dayang tak lagi menggantungkan harapannya untuk sebuah cinta sejati, dapatkah Haraf kembali menjadi hero dalam irama cinta Dayang?

***

Harleen menulis sebuah kisah cinta yang semanis gula dan segala-gala yang manis. Menyuntingnya buat saya mengidam creamy butter chicken. Membacanya pula akan mengakibatkan anda menghidap loverama angautitis.  – Pingu Toha, Editor