• STK
1

[EBOOK] SEMULA TENTANG KITA - HIZNAWA

Regular price
RM 16.00
Sale price
RM 16.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Manes Wordworks
Worldwide shipping
Secure payments | Manes Wordworks
Secure payments
Authentic products | Manes Wordworks
Authentic products

[READY STOCK]

Tajuk: Semula tentang Kita

Penulis: Hiznawa

Bilangan Muka Surat: 480

Format: EPUB (tidak boleh diubah susun atur/fixed layout kerana mengandungi banyak template; tetapan reflowable berkemungkinan menyebabkan susun atur template menjadi tidak teratur)


Fail EPUB akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas pembayaran dilakukan. 


Untuk makluman, ini adalah dalam bentuk digital bukan buku fizikal. Tiada refund akan dilakukan sekiranya pembelian telah dibuat.


Sebarang permasalahan berkaitan EPUB mohon e-melkan kepada publishing.maneswordworks@gmail.com


Blurb Semula Tentang Kita


Perjalanan hidup manusia adakalanya indah, adakalanya penuh liku dan duri. Begitu juga dengan kisah hidup Daneen. Dek masa silamnya, dia benci bergelar perempuan. Lantas, ditukar perwatakannya menjadi kasar bagaikan seorang lelaki.


Pertemuan kali pertama dengan Zayyad bukanlah dalam keadaan yang tenang. Ada adrenalina yang saling berlumba sehingga sesak terasa di dada. 


“Kau kalau nak mati, tunggu malaikat maut yang datang cabut nyawa, boleh tak?” – Daneen 

“Can you just... mind your own business?” – Zayyad


Seiring masa, Daneen dan Zayyad kian selesa berkongsi cerita dan rasa. Namun, persahabatan yang diharapkan untuk selamanya, retak di tengah jalan. Janji hanya tinggal janji. Lalu perpisahan mencipta jurang antara dua hati.


Bertahun berlalu, takdir kembali menemukan mereka. Daneen dan Zayyad. Orang yang sama, tetapi hati dan perasaan yang sudah jauh berbeza.


“Is it that hard to go back to how we used to be?” – Zayyad.


Adakah peluang untuk mencipta semula lembaran baharu tentang mereka? Bagaimana pula, apabila mimpi ngeri yang jauh ditinggalkan kembali menghantui?


***


Hiznawa berjaya membawa pembaca menyelami emosi dua watak yang bergelut dengan kisah silam masing-masing. Plot ceritanya mengalir lancar sehingga ke noktah terakhir. – Nur Kamalia Ramlan, Editor.