• HUJ
1

[EBOOK] HERO UNTUK JIYAN - YUMI HYRA

Regular price
RM 12.00
Sale price
RM 12.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Manes Wordworks
Worldwide shipping
Secure payments | Manes Wordworks
Secure payments
Authentic products | Manes Wordworks
Authentic products

[READY STOCK]

Tajuk: Hero untuk Jiyan

Penulis: Yumi Hyra

Bilangan Muka Surat: 384

Format: EPUB (tidak boleh diubah susun atur/fixed layout kerana mengandungi banyak template; tetapan reflowable berkemungkinan menyebabkan susun atur template menjadi tidak teratur)


Fail EPUB akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas pembayaran dilakukan. 


Untuk makluman, ini adalah dalam bentuk digital bukan buku fizikal. Tiada refund akan dilakukan sekiranya pembelian telah dibuat.


Sebarang permasalahan berkaitan EPUB mohon e-melkan kepada publishing.maneswordworks@gmail.com


Blurb HERO UNTUK JIYAN 


Pertemuan kali pertama antara Jiyan dan Han tidaklah semanis mana pun. Dan... siapa sangka selepas itu, rupa-rupanya Han ialah jiran baharu sebelah rumah Jiyan. 

Bagaimanapun hubungan yang tidak semanis mana itu, bertukar semanis dan seindah roti Pelangi Kafe Dapur Isma apabila Han si mamat stone itu menjadi tutor matematik bidan terjun untuk Jiyan yang nakal. Han yang sentiasa ada untuk Jiyan itu membuatkan hati Jiyan selalu berbunga-bunga.

“Awak cari apa lama sangat, tu?” ~ Han

“Cari perhatian awak.” ~ Jiyan

Namun bunga yang mahu berkembang terus layu apabila rasa hati Jiyan ditolak tanpa konar-konar lagi oleh Han. Jiyan memujuk diri sendiri agar dapat melupakan Han. 

Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula. 

“Kenapalah awak ni muncul balik tiba-tiba dan ada aje kat mana-mana?” ~ Jiyan

“Sebab, hero kan kena sentiasa ada di sisi heroin dia.” ~ Han

Hati Jiyan masih berdebar-debar dan suka pada Han untuk sekali lagi. Cuma antara mereka adanya Carissa. Adakah benar dan tertulis yang Han itu hero untuk Jiyan?

***

YUMI HYRA memang menguasai bahasa, watak-watak dan ceritanya! Jarang sekali saya temui naskhah yang menggunakan ganti nama diri ketiga (POV3), akhir-akhir ini. Syabas! Dan... saya suka naskhah yang ditulis dengan segar dan ceria begini. – Editor, Noor Suraya