[EBOOK] TAKLUKI DIA - ASUNNARAA
- Regular price
- RM 14.00
- Sale price
- RM 14.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
[READY STOCK]
Tajuk: Takluki Dia
Penulis: Asunnaraa
Bilangan Muka Surat: 413
Format: EPUB (tidak boleh diubah susun atur/fixed layout kerana mengandungi banyak template; tetapan reflowable berkemungkinan menyebabkan susun atur template menjadi tidak teratur)
Fail EPUB akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas pembayaran dilakukan.
Untuk makluman, ini adalah dalam bentuk digital bukan buku fizikal. Tiada refund akan dilakukan sekiranya pembelian telah dibuat.
Sebarang permasalahan berkaitan EPUB mohon e-melkan kepada publishing.maneswordworks@gmail.com
Blurb TAKLUKI DIA
Cinta pandang pertama? Perigi mencari timba? Semuanya, Arfabella redah sahaja. Dia nekad menjalankan misi memikat hati Falliq Dhaffa.
Benarkah si dia – lelaki dingin yang hatinya kebal tika berdepan dengan gadis manja seperti Arfabella? Hmmm... bohonglah andai Falliq Dhaffa tidak tercuit dengan tingkah laku selamba Arfabella!
Lalu, tiga syarat diberi andai benar Arfabella mahukan dirinya sebagai suami.
Rule number one, kurangkan cemburu dan lebihkan kepercayaan.
Rule number two, memaafkan dan dimaafkan.
Rule number three, memberi dan menerima.
Pada saat Falliq Dhaffa menyerah untuk meraih kepercayaan Arfabella, ikatan mereka benar-benar diuji. Tiada lagi Arfabella yang sarat dengan cinta. Yang ada, hanyalah luka dan derita!
“Hati abang dan hati Bella, akan bersatu sampai mati. Janji, ikat sampai syurga. Bella ingat, kan?” – Falliq
“Tapi, masih ada ke arah syurga buat kita berdua... dan bersama-sama melangkah ke sana?” – Bella
Andai suatu hari nanti tangan itu kembali menghulur, masih adakah tangan yang menyambutnya? Akan adakah tangan yang bakal menggenggam, tangan yang bakal menarik; dan tangan yang bakal bertaut kembali untuk selamanya?
***
Asunnaraa pandai takluki pembaca dengan bahasa yang meruntun kalbu, hingga pembaca turut berasa sayu apabila menelusuri kisah Arfabella dan Faliq Dhaffa. Tahniah, Asunnaraa! -- Nirrosette, Editor