[EBOOK] LANGIT BIRU KITA - ANIESTHELINA (BROLEECOMEL)
- Regular price
- RM 14.00
- Sale price
- RM 14.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
[READY STOCK]
Tajuk: Langit Biru Kita [Sekuel Di Bawah Langit Biru]
Penulis: Aniesthelina (Broleecomel)
Bilangan Muka Surat: 422
Format: EPUB (tidak boleh diubah susun atur/fixed layout kerana mengandungi banyak template; tetapan reflowable berkemungkinan menyebabkan susun atur template menjadi tidak teratur)
Fail EPUB akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas pembayaran dilakukan.
Untuk makluman, ini adalah dalam bentuk digital bukan buku fizikal. Tiada refund akan dilakukan sekiranya pembelian telah dibuat.
Sebarang permasalahan berkaitan EPUB mohon e-melkan kepada publishing.maneswordworks@gmail.com
BLURB LANGIT BIRU KITA
Bersaksikan langit biru, Mikaeyl pernah mengimpikan seluruh hidupnya bersama Aniesha. Dia juga pernah membayangkan hari-hari tua bersama sahabat baiknya, Najmi dan Haikal. Perselisihan antara empat jiwa itu memaksa Mikaeyl pergi membawa diri. Aniesha dilepaskan bersama luka yang menyakitkan. Najmi dan Haikal ditinggalkan tanpa khabar berita.
Dan selepas tiga tahun, pertemuan semula lewat sebuah insiden mencantumkan kembali jalan-jalan hidup mereka. Di persimpangan itu, dapatkan Haikal dan Najmi menerima semula Mikaeyl?
“Beri aku ruang, ya? Untuk tebus satu-satu kesalahan aku pada kau dulu.” – Mikaeyl
“Kita semua boleh berjanji, Mika. Tapi tak semua boleh tunaikan janji.” – Aniesha
“Jangan lepaskan peluang untuk bersama orang yang kau sayang. Nanti kau menyesal.” – Haikal
“Dan aku tahu sesusah macam mana pun aku cuba, kita takkan jadi macam dulu.” – Najmi
Lalu, bersaksikan langit biru itu juga, apakah akhirnya akan ada bahagia untuk setiap mereka?
***
Broleecomel telah menghiaskan langit kita dengan warna biru yang terhasil daripada suka duka dan pahit manis sebuah kehidupan. Di bawah langit itu juga, Broleecomel mengajak kita menjadi matang bersama Mikaeyl, Aniesha, Haikal dan Najmi.
– Pingu Toha, Editor